eKelas Math & Sains (Tahun 6-Ting 1)

7 Julai 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 06 July 2019, telah berlangsung tuisyen eKelas subjek Matematik & Sains (Live tutorial). Program ini diadakan di Pusat Internet Pokok Jawi. Program ini bermula jam 10.20 pagi sehingga 1.00 petang disertai pelajar Tahun 6 dan Tingkatan 1. Sesi eKelas kali ini, pelajar diberikan bahan-bahan untuk eksperimen Sains dan kerja Matematik dengan bimbingan guru secara ‘live tutorial’. Program eKelas adalah mengenai pembelajaran jarak jauh yang membuatkan pelajar berasa seronok, pembelajaran yang memberangsangkan selain memberikan idea tambahan melalui kandungan digital yang sangat interaktif, selaras dengan sukatan pelajaran sekolah di Malaysia.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali